Ustaz KH Jamaluddin Kafie telah membukukan ceramah-ceramah agamanya
dalam sebuah buku kecil yang bertajuk ‘Santapan Rohani’. Kandungannya
ringkas sekali dan merupakan bahan-bahan pengajian malam Jumaat beliau
di Desa Prenduan Sumenep, Madura, Indonesia.
Mungkin ada manfaatnya kita sama-sama menikmati santapan rohani yang
beliau sajikan berkenaan 4 dorongan atau tahapan kita berpuasa:
1
. Kita berpuasa untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. :
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas
kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum
kamu, agar kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah : 183)
2.
Kita berpuasa untuk memelihara kesucian jiwa:
“Puasa itu perisai selama ia tidak dirobek oleh dusta atau umpat mengumpat.”
Maksud HR Thabrani
3.
Kita berpuasa kerana mengharapkan keredhaanNya:
“Dia meninggalkan makanan dan minumannya dan
syahwatnya demi Aku. Maka puasa itu untukKu dan Akulah yang langsung
memberi balasannya.”
Maksud HR Bukhari
4.
Kita berpuasa kerana rindu ingin bertemu dengan Allah s.w.t.:
“Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Bahagia
setelah berbuka dan bahagiasetelah ia dapat bertemu dengan Tuhannya
pada hari kiamat nanti”.
Maksud HR an-Nasa’i