Pages

31 July 2012

Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform 2012

Pekhemahan Tahunan Badan Beruniform Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah

Tarikh : 2 hingga 4 Julai 2012
Tempat : Kem Seri Keluang
Perasmian Oleh: Tuan Pengetua SMKAWA

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan ialah:
1) Perlawanan Futsal ( Lelaki )
2) Perlawanan Galah Panjang ( Lelaki )
3) Pertandingan Kawad Kaki
4) Pertandingan Memasak
5) Pertandingan Kolaj
6) 'Jungle Tracking'
7) Latihan Menyelamat
8) Tautan Kasih
9) Penghayatan Ciptaan Ilahi

Dorongan Untuk Berpuasa


Ustaz KH Jamaluddin Kafie telah membukukan ceramah-ceramah agamanya dalam sebuah buku kecil yang bertajuk  ‘Santapan Rohani’. Kandungannya ringkas sekali dan merupakan bahan-bahan pengajian malam  Jumaat beliau di Desa Prenduan Sumenep, Madura, Indonesia. 

Mungkin ada manfaatnya kita sama-sama menikmati santapan rohani yang beliau sajikan berkenaan 4 dorongan atau tahapan kita berpuasa:

1. Kita berpuasa untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. : 


“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah : 183) 

2. Kita berpuasa untuk memelihara kesucian jiwa:

“Puasa itu perisai selama ia tidak dirobek oleh dusta atau umpat mengumpat.”
Maksud HR Thabrani 
3. Kita berpuasa kerana mengharapkan keredhaanNya:

“Dia meninggalkan makanan dan minumannya dan syahwatnya demi Aku. Maka puasa itu untukKu dan Akulah yang langsung memberi balasannya.”
Maksud HR Bukhari 

4. Kita berpuasa kerana rindu ingin bertemu dengan Allah s.w.t.:

“Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Bahagia setelah berbuka dan bahagiasetelah ia dapat bertemu dengan Tuhannya pada hari kiamat nanti”. 
Maksud HR an-Nasa’i