![]() |
Bendera SMKA Wataniah
|
- Bendera ini mempunyai dua jalur melintang, daripada penjuru bawah kiri ke penjuru atas kanan.
- Lencana sekolah berada di penjuru kiri bahagian atas jalur.
- Warna hijau melambangkan agama Islam teras kepada amalan pendidikan di sekolah ini.
- Warna putih melambangkan kebersihan, kesucian dan keluhuran.
![]() |
| Lencana SMKA Wataniah |
- Warna hijau melambangkan agama Islam teras kepada amalan pendidikan di sekolah ini.
- Warna putih melambangkan kebersihan, kesucian dan keluhuran.
- Warna kuning melambangkan sistem pemerintahan beraja.
- Warna merah dan hitam melambangkan keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan tanah air.
- Bulan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara.
- Obor yang menyala melambangkan sekolah ini sentiasa memberi petunjuk dan bimbingan sebagai penyuluh hidup.
- Pen dan buku melambangkan membaca dan menulis adalah asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Segulung ijazah merupakan lambang kejayaan dan kecemerlangan.
PENGURUSAN ORGANISASI
- Menuju ke arah kesilapan sifar dalam pengurusan sekolah
- Memantapkan pengurusan kewangan ke arah mencapai pengurusan kewangan cemerlang
- Pengurusan dan tatcara sistem fail yang kemas dan sistematik
- Melahirkan guru yang berwibawa dan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan kepemimpinan
- Memastikan sekolah bersih, ceria dan selamat serta kondusif sebagai pusat-pusat pembelajaran yang berkesan
- Mewujudkan perhubungan yang mesra dan cekap antara warga SMKAWA dan komuniti
KURIKULUM
- Mempertingkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran gur-guru SMKAWA dalam semua aspek seiring dengan kemajuan teknologi dunia.
- Mempertingkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran sahsiah dalam kalangan pelajar
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan
HAL EHWAL MURID
- Pelajar-pelajar mematuhi disiplin dan peraturan sekolah sepenuhnya
- Pelajar-pelajar mengaplikasikan budaya ikram
- Pelajar-pelajar dapat menampilkan nilai-nilai murni dan menjadi 'Qudwah Hasanan'
KOKURIKULUM
- Memberi peluang kepada semua pelajar terlibat dalam aktiviti kokurikulum
- Meningkatkan pencapaian kokurikulum dalam bidang sukan dan permainan
- Mengekalkan pencapaian dalam aktiviti unit beruniform
- Meningkatkan pencapaian dalam aktiviti koakademik
- Memungut lebih banyak pingat emas dalam acara sukan dan permainan MSSD Besut
- Menjadi sekolah harapan negeri dalam kokurikulum
KOMUNITI
- Mewujudkan keakraban dalam keluarga SMKAWA dengan pihak luar
- Meningkatkan kerjasama dan sokongan dalam semua aktiviti SMKAWA
- Mengurangkan masalah pelanggaran disiplin dan salah laku di kalangan pelajar


0 komen:
Post a Comment